Selasa, 22 Disember 2009

Kursus Sembelihan

Kursus sembelihan ini telah di adakan pada 2 Oktober 2009. Bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara sembelihan yang betul mengikut syarak.



Penerangan kepada pelajar-pelajar cara sembelihan yang betul



Taklimat oleh Ustazah Salwah Aini




















Program Solat Hajat PMR dan SPM 2009 serta Aqiqah

Program Solat Hajat dan Qiamulail
Bacaan Yassin oleh ibubapa, guru dan pelajar-pelajar

Program Solat Hajat dan Qiamulail bersempena PMR dan SPM 2009 telah diadakan pada 2 Oktober 2009 di Dataran Warisan SMK USJ 23. Antara tujuannya ialah untuk memohon kepada Allah S.W.T agar pelajar-pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Disamping itu, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa dan warga SMK USJ 23. Program ini disertai oleh semua pelajar tingkatan tiga dan lima.

Ahad, 6 Disember 2009

Program-program Yang Telah Dijalankan Sepanjang 2009

Sambutan Maulidur Rasul


Maulidur rasul adalah detik bersejarah yang membawa pengertian yang amat besar kepada umat Islam kerana ianya detik keputeraan junjungan besar nabi Muhammad saw. Peristiwa bersejarah ini telah menjadi sambutan tetap yang senatiasa dinantikan oleh setiap umat Islam sebagai tanda kecintaan kepada baginda Rasulullah saw. Ia disambut pada bulan Rabiul Awal setiap tahun. Lantaran itu, pihak panitia pendidikan Islam merasa terpanggil untuk bersama menzahirkan dan menyemaikan rasa kecintaan kepada junjungan besar nabi Muhammad saw di kalangan pelajar-pelajar SMK USJ 23.


Tarikh dan Masa: 26 Mac 2009 jam 730 pagi.


Objektif program:



  • membimbing pelajar supaya mengingati hari bersejarah dalam Islam

  • mendidik pelajar agar mengenali peribadi dan menyusuri sirah perjuangan Rasullullah

  • menggalakkan pelajar mencintai program keagamaamaan

Antara program yang telah dijalankan sempena sambutan malidur rasul

  1. pertandingan antara kelas membuat kain rentang.
  2. pertandingan mencipta sajak
  3. ceramah masulidur rasul
  4. perarakan dan selawat

Tentatif Program :

  • 7:30 -8:00 am : Pelajar berkumpul di dataran warisan

Bacaan yassin

  • 8:00-8:15 am : persembahan nasyid
  • 8:00-9:30 am: Ceramah Maulidur Rasul (oleh Ustaz Azrul Hakim bin Suradi)
  • 9:30 am : Penyampaian cenderahati penceramah
  • 11:00 am : Jamuan makan

Sabtu, 5 Disember 2009

Matlamat Strategik

  • Meningkatkan kebersihan dan keceriaan surau sepanjang tahun agar jemaah dapat menggunakan surau dengan selesa disamping mematuhi standard kualiti yang ditetapkan
  • Memastikan surau al-Falah mendapat tempat pertama dalam pertandingan 'Pengurusan, Kebersihan dan Keceriaan Surau Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling.
  • Memakmurkan surau dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun yang bermanfaat bagi setiap pelajar, guru serta kakitangan sekolah dan ibubapa.
  • Melengkapkan dan menambahbaik bahan bacaan dalam mini perpustakaan dan memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga SMK USJ 23

Pencapaian Surau al-Falah

Rekod Pencapaian Surau al-Falah


2005 1) Tempat Pertama (Firqah 2)
2005 2) Tempat Ketiga (Daerah Petaling)
2006 3)Tempat Pertama (Firqah 2)
2006 4) Tempat Pertama (Daerah Petaling)
2008 5) Tempat Ketiga (Daerah Petaling)
2009 6) Tempat Kedua (Daerah Petaling)

Perancangan Strategik: Visi dan Misi

Visi:
Menjadikan surau al-Falah sebagai surau contoh dikalangan surau-surau sekolah yang terdapat di dalam PPD Petaling Perdana bagi mewujudkan persaingan sihat di samping mampu mempertingkatkan imej Islam melalui dimensi organisasi dan pentadbiran kerana Allah S.W.T.

Misi:
Membangunkan dan menyediakan suasana surau yang kondusif ke arah menghasilkan surau yang mampu menarik pelbagai latar belakang pelajar untuk bersama mengimarahkan surau dan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang

Tema:
"Surau al-Falah SMK USJ 23 Untuk Semua"

Surau alFalah Smk USJ 23




Surau al-Falah ditubuhkan pada tahun 2002 seiring dengan penubuhan sekolah SMK USJ 23. Penubuhan surau ini telah berjaya merealisasikan impian warga sekolah untuk mewujudkan sebuah surau yang berwatak demi memperkembangkan potensi pelajar dari segi rohani,jasmani dan intelek seiring dengan hasrat sekolah dan dasar pendidikan Islam kebangsaan. Sepanjang penubuhannya, sekolah SMK USJ 23 telah menyaksikan kejayaan surau ini menyediakan kemudahan dan ruang pembelajaran yang selesa selain bilik darjah kepada para pelajar.

Hakikatnya, surau al-Falah tidak akan mencapai kejayaan sepertimana hari ini sekiranya tidak ada sokongan,sumbangan idea dan tenaga serta komitmen dari pentadbir dan kakitangan sekolah termasuk para guru dan pelajar serta individu-individu yang turut serta menyumbang wang dan material.
Justeru pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan, buah fikiran dan sebarang sumbangan untuk memantapkan lagi surau al-Falah SMK USJ 23.

Ahlan wa sahlan di ucapkan kepada para pelawat. Kami mengalu-alukan kedatangan anda.Kesudian anda menjejakkan kaki ke surau kami amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.